KONGSI BAHAN

SELAMAT DATANG PBS 2013


***SELAMAT TAHUN BARU 2013***HAPPY NEW YEAR - 2013***Menu Cetakan dan kemasukan laporan(band) yang tercicir 2012 SPPBS akan dibuka bermula 21 Januari 2013 sehingga 10 Februari 2013. Sila rujuk laman web Lembaga Peperiksaan www.moe.gov.my/lp

PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM PBS

Apa Itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah?

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu:

a) Projek
b) Kerja Kursus
c) Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
d) Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
e) Modul